Motivasi Sukan
"Jersi sukan bola yang tidak bernombor tidak ada makna. Harimau yang tidak berbelang tidak ada makna keharimauan. Manusia yang tidak berbakti tidak ada wajah manusia; ada wajah jin berbelang".
Sedang teruja nak turun bermain futsal besok malam dengan rakan-rakan warga kerja MAIWP. Pertama kali selepas PKP.
MDB
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di ra...
「motivasi kerja」的推薦目錄:
- 關於motivasi kerja 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於motivasi kerja 在 Facebook 的最佳解答
- 關於motivasi kerja 在 Facebook 的精選貼文
- 關於motivasi kerja 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於motivasi kerja 在 Aznil Nawawi Youtube 的精選貼文
- 關於motivasi kerja 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於motivasi kerja 在 Motivasi kerja - Pekerja seperti apa diri LO - YouTube 的評價
motivasi kerja 在 Facebook 的最佳解答
Selamat Hari Malaysia…
(Bacaan yang bakal merubah masa depan anda-woha!)
Malaysia ada sistem pendidikan yang agak bagus!
Alkisahnya, Pelancong luar negara bila datang Malaysia, mereka puji rakyat kita bagus sebab sangat bersopan santun dan 90 peratus rakyat kita pandai cakap English!
Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!
Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al quran, dan taranum kita bagus!
Bila ada pergaduhan politik, tukar kerejaan baru ni, rakyat kita tak suka berdemo, tak suka berperang, tak suka merusuh, walau hidup pelbagai bangsa tapi masih kekalkan keamanan, ini buatkan pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.
Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus! Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!
Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh rakyat kita adalah sangat bagus!
Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan orang kita sangat bagus!
Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew atau lain lain NGO.
Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan banyak lebih dari dua bijik, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi kita sangat bagus!
Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!
Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!
Lepas tu Malaysia antara negara yang aktif di media sosial. Celebrity internet ramai. Tentera bawang pun cekap, Bermakna kelajuan dan capaian internet kita bagus!
Cuma, ada sikit masalah pada Pendidikan negara, sebab Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam, bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah, prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?
Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?
Ada rakyat Malaysia percaya makcik mimpi. Percaya pada Ayah pin, percaya pada ajaran sesat.
Ada rakyat Malaysia percaya bumi ni rata? Orang tak pernah ke bulan, Serius!
Ada rakyat Malaysia percaya tahyul, tangkal, bomoh.
Ada rakyat Malaysia percaya pada manifesto dan janji ahli politik.
Ada rakyat Malaysia percaya pada skim cepat kaya,
Ada rakyat Malaysia percaya pada temberang ‘pakar’ motivasi.
Ada rakyat Malaysia percaya pada janji air liur, ceramah jual air liur.
Paling parah, Ada rakyat Malaysia anti vaksin tanpa ilmu dan percaya pada teori konspirasi, siap dari kalangan pendidik pun anti vaksin, adohai..
Maka pesan saya, jom kita semua balik kepada Rukun Negara.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, kita balik pada akidah yang betul, yakin yang betul, insyaAllah tak kena tipu. Banyakkan baca Tafsir Al quran, dan kitab Taklim, biar hati cerah sikit dengan Nur Al quran dan Nur Hadis.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, kita sangka baiklah, jangan anggap Raja kita ni ejen dajjal ke, konspirasi ke, sungguh Taat Ulum Amri adalah perintah Allah. Jika kita tak nak taat kepada Ketua Negara, maka Syaitan akan jadi ketua kita, lalu mudahlah kita kena tipu. Tolong Banyakkan luang masa baca buku yang betul,dan ber kawan dengan kawan yang positif, semua itu akan bantu kita menjadi rasional.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN, Kenalah follow, barulah kita tak terdedah pada Scammer yang akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa hak kita dalam perlembagaan, kena banyak membaca bahan berilmiah.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, Sila patuh SOP, Fahami kehakiman, fahami sebab akibat, banyakkan baca berkenaan Sebab serta akibat dari kegalalan patuhi undang undang.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN, ini penting yang mana semua rakyat Malaysia kena ada etika menulis, atau etika membawang, yang mana semua tu nak kena jaga hati dan perasaan sesame kita,yang mana kalau kita ni kurang membaca, maka kita miskin kosa kata, maka kita akan miskin dalam berkata-kata, hingga bila kita bercakap, orang tahu kita bodoh.
Eh? Semua bab Rukun Negara ada kaitan dengan membaca, Iqra Ayat pertama Al quran, hayatilah..
Selamat hari Malaysia. Selamat jadikan kira rakyat Malaysia sebagai Rakyat membaca.
Sungguh Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!
Woha!
Ps: Sambutan Hari Malaysia jaga SOP, duduk rumah, sambil makan nasi goreng bungkus telor Bersama ikan goreng dan sebuah buku, Luar rumah Jalur Gemilang berkibar megah, Selamat Hari Malaysia.
motivasi kerja 在 Facebook 的精選貼文
Kami di MRM mempunyai tiga prinsip utama sebagai panduan kami dalam semua isu iaitu;
1. Islamically right - tiada kompromi dalam hukum hakam. Sesuatu isu akan ditentukan halal atau haram terlebih dahulu. Tokoh agama & asatizah berkaliber dari Asyairah, Maturiddiyah, Salafi, Sufi serta mereka yang berkepakaran dalam kefatwaan serta hukum hakam akan kami rujuk terlebih dahulu.
Sebelum bertindak, kami akan memastikan hukumnya terlebih dahulu.
2) Legally right - Memastikan setiap tindakan kami adalah berlandaskan kepada undang-undang negara. Prinsip kami tidak mencegah jenayah dengan melakukan jenayah yang lain.
3) Politically/Public Relations right - Memastikan sesuatu isu itu dikendalikan dengan mengambil kira persepsi yang akan ditimbulkan serta membuat pertimbangan mana lebih mudarat atau lebih banyak manfaatnya. Pakar dalam PR akan dirujuk dalam isu ini.
Kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) tidak bergerak & bertindak sendiri. Majoriti isu & perkara akan kami rujuk mereka yang berkepakaran untuk mendapatkan pandangan, nasihat & panduan.
Suka kami kongsi kepakaran dalam & luar yang dimiliki oleh kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM serta di luar MRM yang kami jalin kerjasama.
A) Asatizah-asatizah serta ahli akademik dalam bidang kefatwaan & hukum hakam bagi menentukan halal & haram sesuatu isu.
B Sekumpulan pakar perundangan sebagai pakar rujuk bagi memastikan setiap tindakan, strategi & perkataan kami tidak bercanggah dengan undang-undang negara selain memastikan isu yang ingin diketengahkan mendapat keadilan serta diambil tindakan.
Peguam-peguam kami akan mewakili mangsa-mangsa di mahkamah.
C) Pakar rujuk jenayah bagi memahami selok belok sepak terajang penjenayah. Untuk mengheret penjenayah atau pesalah ke muka pengadilan, kami kena melihat dari kaca mata penjenayah, apakah yang dilakukan penjenayah untuk mengelak ditangkap dan sebagainya. Taktikal & awareness kepada public sangat penting!
D) Pakar perubatan dari psikologi, psikiatri, kaunselor bertauliah untuk membantu mangsa-mangsa keluar trauma serta memberikan motivasi kepada mereka.
E) Pakar perangsaraf media & penasihat media bagi merancang strategi pendidikan & perkongsian di medsos, kekerapan, input dan sebagainya.
“Habis tu semua tu percuma ke?”
Ya benar. Semuanya percuma kepada mangsa-mangsa yang kurang kemampuan kerana MRM akan menanggung kos-kos tersebut.
InshaAllah Allah Ar-Razaq (Maha Pemberi Rezeki) & Allah Al-Ghani (Maha Kaya Maha Mencukupi) akan kurniakan rezeki buat kami meneruskan kerja dakwah & kebajikan kami.
Tuhan Kita Maha Kaya takkan kita sebagai Abdul Ghani (hamba kepada Maha Kaya) kita takut miskin melabur untuk membantu hamba-hambaNya yang dizalimi?
Lebih banyak perkongsian EKSKLUSIF di Telegram Channel saya :
motivasi kerja 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di radio IKIM FM, anda pasti tahu betapa pentingkan untuk memotivasikan diri sebelum ke tempat kerja.
Untuk siapa?
Kata kata ini adalah untuk semua golongan, termasuk golongan yang bekerja dan juga yang sedang belajar. Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita.
Untuk pelajar, kesukaran untuk mendapat gred yang baik itu mungkin akan membuatkan kita kecewa. Lambat untuk faham apa yang diajar juga salah satu faktor yang merunsingkan kita. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat supaya lebih kuat.
Untuk yang bekerja, tugasan dan kerja yang banyak pasti membebankan. Tambahan lagi dengan tekanan dari boss dan rakan sekerja yang kadang-kadang tidak pernah faham dengan kita. Bila bertimbun, hati menjadi sesak dan mula rasa depresi. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat agar dikurniakan kekuatan.
Bagi yang sudah berumahtangga pula, semoga masalah antara suami isteri dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak usah bergaduh dan menegakkan benang yang basah.
Sebelum itu, kata kata semangat yang dikongsikan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, iaitu untuk orang Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit pelik bagi orang Indonesia.
Tujuan berkongsi kata-kata semangat dalam Bahasa Melayu ialah kerana kebanyakan quote yang ada, semuanya dalam Bahasa Indonesia.
Izinkan kami berkongsi beberapa quote dan kata-kata yang diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada anda.
Cara meningkatkan semangat dan motivasi diri
Seperti yang diulas di atas, tidak kira samada anda pelajar, golongan bekerja mahupun suami isteri, jangan rasa sedih selalu.
Dalam Islam, tidak digalakkan untuk sedih berpanjangan. Tidak elok untuk diri sendiri.
Ini beberapa tips dan cara meningkat motivasi diri yang rasa down selalu.
Abaikan kata orang lain
Ini adalah antara kata-kata motivasi yang perlu ditiupkan pada telinga sendiri.
Jangan terlalu mendengar kata orang yang selalu pandang rendah pada kita. Dia punya pendapat dia sendiri.
Sebaliknya, kita tahu diri kita sendiri.
Orang yang cenderung mendengar dan terusik dengan kata-kata orang lain, tak akan tenang hatinya.
Bergaul dengan orang yang positif
Kita akan rasa sakit bila terlalu bersama-sama orang yang negatif. Untuk mengelakkan dari rasa begini, cuba cari kawan yang benar-benar dapat membantu kita.
Ini penting untuk kelangsungan hidup dan memberikan kita semangat.
Orang-orang positif, dia sentiasa membantu dan memacu kita ke hadapan.
Raikan kejayaan
Sekecil manapun kejayaan yang kita kecapi, raikan untuk terus memberikan kita semangat. Jika tiada yang sudi bersama-sama kita, raikan secara bersendirian.
Secawan kopi Starbucks atau sepotong kek Secret Recipe mungkin dapat menceriakan hari anda.
Apa guna jika hanya menerapkan kata kata motivasi setiap hari, tetapi tidak dirai?
Akhir kalam
Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji ialah orang yang beruntung.
Kenapa?
Kerana Allah akan menguji orang yang disayangi-Nya.
Semoga kata kata motivasi yang dikongsikan ini, benar-benar dapat memberi semangat pada anda untuk bangkit.
Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya, dan bukan orang yang malas berusaha.
Jika ingin mendapatkan banyak lagi ayat, kata-kata dan quote tentang semangat, motivasi dan inspirasi, jemput singgah ke Facebook Page The Rohani.
Semoga bermanfaat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
{✴} W€L©¤M€ βα©K T¤ M¥ ©Hαππ€L {✴}
D¤πT F¤®G€T T¤ ©LI©K ?
1• "$Uβ$©®Iβ€" [ ✅ ]
2• "LIK€" [ ? ]
3• "$Hᮀ" [ ? ]
{✴} THαπK$ α L¤T F¤® ¥¤U αLL {✴}
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
#MotivasiSemangat #QuotesMotivation
______________________________________
"...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku..."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
[ Im "CARDOCK^YOUTUBER^TEAM" ?? ]
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
____________________________________
•Youtubers Group Links•???
~ We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
~ FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
__________________________________
•Laman media sosial saya•??
~ Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
~ Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
~ Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
~ Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
motivasi kerja 在 Aznil Nawawi Youtube 的精選貼文
Anak ini Paknil ketemu semasa Jelajah PAK21. Paknil boleh bagi motivasi, tapi langkah Paknil makin lemah sebab punca kewangan makin menipis. Untuk pengetahuan, kerjasama Paknil bersama Kementerian Pendidikan tidak mendapat sebarang bayaran. Ia adalah kerja sukarela Paknil. Jika anda subscribe Channel ni, Insyaallah ada juga sumber pendapatan dari iklan
motivasi kerja 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Sy suka bagi motivasi dekat anak2 muda.. sy rajin kerja bkn sbb duit, sbb sy terlalu tefikir kalau kita org muslim x pegang ekonomi, kalau org bkn islam pegang ekonomi apa akan jadi pd ugama kita..
.
Sbb tu gajet ni adalah 1 permainan halus yg blh merosakkan anak2 muda jika x digunakan dgn cara yg betul.. sejarah silam mengajar sy utk cari makan dgn alam.. yg mana menjadikan sbb kenapa sy begitu menghargai masa..
.
sy x suka buang masa, sy suka belajar, menyayangi alam dn bayangkan sy blh mencari ikan dn sayur dgn mudah tp sy lebih rela menanam sayur, membela ikan sbb benda tu adalah ilmu yg indah.. dn bila sy dpt hasilkan ikan lunak dn rumah hutan..
.
Sbnarnya sy memberitahu diri sy sendiri, x rugi berbakti kpd alam.. x malu jadi petani.. dn indah sgt menjadi seorg peladang dn penternakk..
.
Sy cuma mengenali diri sy yg lama di dalam rumah hutan ini..
motivasi kerja 在 Motivasi kerja - Pekerja seperti apa diri LO - YouTube 的推薦與評價
Cek barantum sekarang Gratis di : https://bit.ly/daftarbarantum-rctv1:1 mentoring online : https://... ... <看更多>